Kes konfrontasi Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dengan dua anggota polis di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bukanlah kes pertama seumpamanya melibatkan penjawat awam yang berjawatan tinggi di negara ini. Penjawat awam sepatutnya menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada rakyat kerana mereka merupakan wajah dalam urusan pentadbiran negara selain wakil rakyat. Namun kes melibatkan Mohd Shuhaily dan beberapa individu lain seperti dirinya, menunjukkan masih banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam soal pelantikan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Individu-individu itu juga wajar diberikan hukuman selayaknya meskipun mereka adalah pegawai kerajaan berjawatan tinggi. Antara kes yang tular dalam beberapa tahun lalu, adalah melibatkan bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KKPA), Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah pada 2022. Pada 3 Ogos 2022, Mohd Shafiq ...
Comments
Post a Comment